ABN Network adalah sebuah syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Kami pakar dalam membekal dan membaiki perkakasan komputer, serta menyediakan perkhidmatan IT pilihan untuk projek-projek kerajaan dan swasta.
ABN Network
Ditubuhkan pada tahun 2009, ABN Network telah menjadi nama yang dipercayai dalam industri pembaikan komputer dan laptop. Dengan lebih daripada sedekad pengalaman, kami berbangga menjadi pakar dalam menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan teknologi, sama ada dari segi perkakasan (hardware) atau perisian (software).
Kami memahami betapa pentingnya peranti anda dalam kehidupan seharian, sama ada untuk kerja, pelajaran, atau urusan peribadi. Oleh itu, kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang pantas, cekap, dan berkualiti tinggi kepada setiap pelanggan.